Thursday, 9 April 2015
gambar sekadar hiasan
Hukum, Khatan Wanita & Bagaimana Rasulullah ?
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1)
Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik
dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2)
Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan
kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan
perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika
warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu
bertindak ke atas mereka.
Syeikh
Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil
yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar
yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh
Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para
doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan
menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak
diingini.
Berkata
pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah
perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka
memberi pandangan dari aspek perubatan .
:Kelentik
wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal
faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan
wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif
dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
"
Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah
kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita
adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah,
Oktober 1994)
Syeikh
Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang
mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita
adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak
wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita,
dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan
jika sebaliknya.
Qaradawi
juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan
tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan
maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada
memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut
pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad,
pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh
Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan
Arab.
Dan
padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan
adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as
yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
Ust Zaharuddin
29 Nov 2006
8 Zulkaedah 1427 H
sumber : http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/234-hukum-khatan-wanita-a-bagaimana-rasulullah-.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'
-
Doa Sebelum Makan الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ "Allahumma baarik llanaa fiima razaqta...
-
PEMBACA YG DIHORMATI..PASTIKAN ANDA KLIK DISINI TERLEBIH DAHULU SUPAYA ARTIKEL INI DAPAT DIPAPARKAN DAN DIBACA SEPENUHNYA ...
-
Solat Sunat Aidil Adha Solat Sunat Aidil Fitri Solat Sunat Asyura Solat Sunat Awwabin Solat Sunat Dhuha Solat Sunat Hajat Solat Su...
-
-takbir raya dalam rumi Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , A...
-
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya: 1. Ar-Rahmaan : ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikm...
-
APA hukumnya jika suami ingin meliwat isteri dengan alasan hubungan halal dan dia berhak melakukan apa saja kepada isteri demi menambah ...
-
5. Niat Puasa Sunat Isnin dan Khamis Soalan : Saya mahu amalkan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap bulan, sebagaimana yang ...
-
Saya ingin bertanya mengenai satu petua orang tua iaitu apabila anak terkena demam campak, ibu dan ayah tidak boleh bersama (bersetubuh)...
-
Daerah Baling, di pendalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan...
No comments:
Post a Comment